Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda

Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda

Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati menyantuni masyarakat setempat daripada pelbagai lapisan ketika pulang ke kawasan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, berkata kunjungan tersebut memberi peluang untuk mendekati komuniti setempat melalui beberapa program kebajikan dan kemasyarakatan yang diadakan di sekitar Pengerang.

“Balik kawasan kali ini, saya cukup gembira dapat menyantuni warga Pengerang dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya menyampaikan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 – inisiatif Kerajaan Negeri Johor pimpina YAB Menteri Besar kepada komuniti nelayan, petani dan peladang di Pengerang.

“Seramai 3,388 penerima di DUN Tanjung Surat telah dan bakal menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM910,700 dari 2 hingga 15 Mac 2026.

“Dengan bantuan ini ditambah dengan STR dan SARA inisiatif Kerajaan MADANI diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan


“Selepas itu, saya sempat berbuka puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi anak Pengerang. Seronok dapat bertemu dan berbual dengan generasi muda kita, penuh semangat, penuh harapan untuk masa depan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda

Sementara itu menerusi perkongsian berbeza sebelum menghadiri program bersama komuniti masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina, beliau turut berkesempatan singgah di Balai Bomba Sebana Cove.

Katanya kunjungan tersebut bagi menyampaikan bubur lambuk serta bingkisan Ramadan kepada anggota bomba dan penyelamat serta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Setelah itu saya ke Kampung Pengerang dan seterusnya ke Sungai Rengit bagi menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada masyarakat Tiong Hua di sana sempena perayaan Tahun Baru Cina 2026.

“Usai program, sebelum ke Dewan Bayu Damai bagi bertemu dengan komuniti nelayan, petani dan peladang dalam kawasan Parlimen Pengerang khususnya di DUN Tanjung Surat, saya sempat singgah untuk meninjau progres projek pembinaan masjid baru di Bayu Damai yang dijangka akan siap dalam beberapa bulan sahaja lagi bagi manfaat masyarakat setempat,” ujar beliau. – UMNO Online

Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker