Aaron-Wooi Yik kempunan lagi
Aaron-Wooi Yik kempunan lagi

Kuala Lumpur: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus kempunan untuk merasai nikmat juara Seluruh England apabila buat kali ketiga muncul naib juara selepas kalah dalam aksi final di tangan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae sebentar tadi.
Walaupun memenangi set pertama mereka yang diletakkan sebagai pilihan kedua terpaksa akur dengan pasangan nombor satu dunia itu apabila kalah 21-18, 12-21, 19-21 di Arena Birmingham.
Ia adalah kekalahan kali kedua, Aaron-Wooi Yik di pentas final ketika bertemu Won Ho-Seung Jae selepas kali pertama di final Terbuka Malaysia tahun ini Januari lalu.
Mereka juga pernah tumpas di tangan Won Ho-Seung Jae pada separuh akhir Terbuka India tahun lalu dan hanya menang sekali ketika final Terbuka Singapura pada tahun sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Naib juara 2019 dan 2024 itu juga terlepas peluang untuk menamatkan kemarau beregu lelaki muncul juara, selepas kali terakhir dilakar Koo Kien Keat–Tan Boon Heong pada edisi 2007.
Pada edisi 2019 mereka tumpas kepada legenda Indonesia di final Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21, 12-21, manakala ketika 2024 pula mereka tunduk kepada lawan dari negara sama, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (16-21, 16-21).
Selaku naib juara kejohanan berstatus Super 1000 Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai AS$50,750 (RM200,331), manakala Won Ho-Seung Jae unggul dengan meraih AS$107,300 (RM423,432).
Aaron-Wooi Yik kempunan lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.