Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran Seluruh England
Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran Seluruh England

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri gelaran Kejohanan Seluruh England 2026 selepas menewaskan pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi separuh akhir, awal pagi tadi.
Pilihan kedua kejohanan itu mengambil masa 42 minit untuk menumpaskan lawan mereka yang juga pasangan di ranking ke 11 dunia dengan keputusan 21-11, 21-19 pada aksi mendebarkan di Arena Utilita Birmingham.
Aaron-Wooi Yik memperoleh kelebihan awal apabila menguasai set pertama dalam tempoh hanya 15 minit.
Pertarungan set kedua bagaimanapun berlangsung sengit dengan suatu ketika Aaron Wooi Yik ketinggalan 15-18, namun berjaya bangkit menyamakan kedudukan 18-18 sebelum kemenangan memihak kepada pasangan nombor dua dunia itu dengan 21-19.
Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas akhir adalah pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Kali terakhir beregu lelaki Malaysia memenangi gelaran Seluruh England menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2007.
Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran Seluruh England
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.