Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meneruskan khidmat bakti beliau di kawasan dengan pendekatan turun padang menyantuni rakyat sempena bulan Ramadan dengan menyampaikan sumbangan Aidilfitri.
Terbaharu beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Ekar di Dewan Masjid Imam Haji Kahar sebelum ke Surau Haji Bidin untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk sekitar PDM Kampung Ulu Lalang dan Kampung Masjid Solok.
“Awal pagi saya pulang ke Rantau untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri bagi penduduk di PDM Bandar Ekar bertempat di Dewan Masjid Imam Haji Kahar.
“Selesai di Masjid Imam Kahar, terus ke perkarangan Surau Haji Bidin untuk menyampaikan pula sumbangan kepada penduduk dari sekitar PDM Kg Ulu Lalang dan Kampung Masjid Solok.
“Sumbangan disampaikan kepada warga emas, asnaf fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim sebagai tanda ingatan dan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Seterusnya, majlis penyerahan sumbangan turut diadakan di Dewan Mini Kampung Kanchong melibatkan penduduk dari Kampung Kanchong, Kampung Tanjong serta kawasan sekitar di bawah PDM Rantau.
Kesempatan tersebut dimanfaatkan sebaiknya untuk meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk kampung dalam suasana penuh ceria dan ukhuwah.
“Alhamdulillah, dalam dapat bersama penduduk kampung dalam suasana yang penuh ceria. Semoga sumbangan ini dapat membantu sedikit tanggungan penerima-penerima,” ujar beliau. – UMNO Online
Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.