Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah, Melaka.
Beliau berkata kehadiran masyarakat setempat termasuk penggiat industri gig khususnya para penghantar makanan yang bersama-sama berbuka puasa dalam majlis tersebut mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan yang terus subur dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.
Menurutnya, program berkenaan turut menggambarkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka yang sentiasa dekat dengan rakyat di samping tidak melupakan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
“Antaranya peruntukan sebanyak RM11.9 juta sebagai bantuan persediaan Ramadan kepada golongan asnaf di negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan ketika berucap beliau turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan pekerja ekonomi gig yang kini menjadi sumber rezeki kepada ramai rakyat Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
Katanya lagi penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) kelak dijangka dapat memperkukuh perlindungan serta kebajikan golongan tersebut agar mereka tidak dipinggirkan.
“Sebaliknya mereka akan terus dihargai atas peranan penting dalam ekonomi negara.
“Semoga usaha berterusan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini dapat memberi manfaat serta meringankan beban masyarakat, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini,” ujar beliau. – UMNO Online
Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.