Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berpandangan bahawa keputusan untuk membuka pintu rundingan dan memberi peluang kepada bekas ahli kembali kepada parti adalah satu langkah matang serta berjiwa besar.
Menerusi satu kenyataan beliau berpandangan bahawa ini adalah masa terbaik untuk mencari titik persamaan memandangkan orang Melayu dilihat semakin berpecah.
“Saya melihat kenyataan Presiden UMNO membuka pintu rundingan tanpa syarat dan memberi ruang kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung untuk kembali sebagai satu langkah yang matang serta berjiwa besar.
“Politik tak sepatutnya selama-lamanya dibina atas dendam dan perpecahan. Dalam keadaan orang Melayu hari ini dilihat semakin dipecah belahkan kepada pelbagai parti dan kelompok, sudah tiba masanya kita mencari titik pertemuan, bukan terus menambah jurang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, Rumah Bangsa menjadi satu platform untuk menghimpunkan tokoh pelbagai latar belakang untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
“Rumah Bangsa UMNO ini pernah menghimpunkan ramai tokoh dan pejuang yang datang dari latar belakang berbeza, tetapi disatukan oleh satu tujuan yakni menjaga agama, membela bangsa serta mempertahankan tanah air.
“Kalau ada yang pernah tersasar atau memilih haluan lain, pintu kembali itu wajar dibuka jika masih ada keikhlasan untuk bersama dalam perjuangan.
“Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keampunan, ini adalah masa terbaik untuk kita menutup buku lama dan membuka lembaran baharu.
“… yang penting bukan siapa pernah keluar atau siapa pernah berselisih. Tetapi siapa yang benar-benar ikhlas mahu kembali membina kekuatan umat dan masa depan negara bersama,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.