Pearly-Thinaah bergaya ke separuh akhir Seluruh England
Pearly-Thinaah bergaya ke separuh akhir Seluruh England

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan penantian 19 tahun untuk menyaksikan wakil negara mara ke separuh akhir kejohanan Seluruh England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, awal pagi tadi.
Gandingan ranking kedua dunia itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menang 21-9, 21-18 dalam tempoh 43 minit pada aksi suku akhir di Birmingham.
Kejayaan itu menyaksikan Pearly-Thinaah menyamai pencapaian Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang mara ke separuh akhir pada edisi 2007.
Turun selaku pilihan kedua, pasangan negara itu bermula garang pada set pertama apabila menguasai permainan sepenuhnya untuk mendahului jauh sebelum menutup set berkenaan dengan kemenangan 21-9.
Layak ke separuh akhir juga memberi peluang cerah buat pasangan negara itu untuk mencipta sejarah baharu sekiranya berjaya melangkah lebih jauh.
Pada separuh akhir malam ini, Pearly-Thinaah akan berdepan antara musuh utama mereka dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee dengan rekod pertemuan terikat 3-3.
Pearly-Thinaah bergaya ke separuh akhir Seluruh England
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.