Kurang agresif punca tewas – Wei Chong
Kurang agresif punca tewas – Wei Chong

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melihat permainan kurang agresif di awal set ketiga menjadi faktor utama mereka tewas kepada rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di suku akhir Seluruh England, semalam.
Menurut Wei Chong, mereka sudah menampilkan corak permainan yang cukup baik dan berjaya mengheret ke set penentuan, namun sedikit kesilapan yang dilakukan membuatkan dia dan Kai Wun sukar untuk bangkit memenangi perlawanan berkenaan.
Katanya, mungkin atas faktor sering berlatih bersama sebelum ini membuatkan Aaron-Wooi Yik dapat memahami setiap tindakan yang akan dilakukan dan itu pasti sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada beregu nombor dua dunia itu.
“Saya rasa hari ini (semalam) kedua-dua pasangan bermain dengan sangat baik. Tetapi pada set ketiga, terutama pada 11 mata pertama, kami bermain agak perlahan. Seolah-olah mereka sudah memahami corak permainan kami dan kami tidak sempat mengejar semula, jadi kami kehilangan banyak mata pada ketika itu,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
Selain itu, Kai Wun juga bersetuju dengan pendapat rakannya itu dan ia menjejaskan momentum yang mereka bina pada set kedua hancur begitu sahaja apabila beraksi di set penentuan.
“Pada permulaan set ketiga, kami melakukan banyak kesilapan mudah. Kemudian permainan kami menjadi semakin perlahan dan keyakinan kami juga menurun pada set ketiga. Jadi mungkin di situlah kesilapan kami,” katanya.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu, Aaron-Wooi Yik berjaya menafikan kebangkitan yang cuba dilakukan oleh Wei Chong-Kai Wun, sekali gus meraih tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 21-16, 20-22, 21-14 dalam masa 61 minit.
Pada perkembangan sama, Wei Chong turut memaklumkan kondisi mereka kini semakin baik berbanding sebelum ini dan itu memberi isyarat positif untuk pertandingan akan datang.
Kurang agresif punca tewas – Wei Chong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
You must be logged in to post a comment.