Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada semua bekas ahli serta mereka yang ingin kembali bersama perjuangan parti tersebut.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata semangat yang dibawa melalui gagasan Rumah Bangsa itu selari dengan roh Ramadan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, saling bermaafan serta memperkukuh ukhuwah dalam keluarga besar parti.
“Dalam keadaan politik Melayu yang berdepan perpecahan dan ketandusan idealisme hari ini, UMNO mesti menunjukkan kesungguhan untuk kembali menjadi wadah utama perjuangan orang Melayu yang diyakini rakyat, dengan visi dan wawasan kebangsaannya yang jelas.
“Kemerosotan sokongan serta krisis keyakinan sebahagian besar orang Melayu terhadap UMNO tidak lagi boleh dibiarkan berterusan. Pemuda UMNO Johor yakin gagasan Rumah Bangsa mampu menjadi formula penting dalam membuka ruang penyatuan serta memperkukuh kembali keyakinan orang Melayu terhadap UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
“Sehubungan itu, Pemuda UMNO Johor berharap agar orang Melayu menilai dengan hati yang ikhlas dan terbuka usaha penyatuan nasional melalui konsep Rumah Bangsa yang digerakkan oleh UMNO, sebagai satu titik muhasabah dan peluang penting untuk memperkukuh kembali hubungan antara UMNO dan orang Melayu,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut beliau rakyat perlu memberi peluang kepada UMNO untuk kembali menyatupadukan orang Melayu, sekali gus mengembalikan parti ini ke pangkuan orang Melayu yang menjadi asas kekuatannya sejak dahulu.
Katanya lagi, ia penting untuk memastikan UMNO kembali menjadi rumah harapan dan bumbung yang melindungi kepentingan orang Melayu.
Jelas Azleen lagi jika ia digerakkan dengan niat yang ikhlas serta pendekatan yang betul, Rumah Bangsa berpotensi menjadi jambatan untuk UMNO kembali mendekati orang Melayu, memulihkan keyakinan yang pernah terhakis dan membina semula masa depan perjuangan parti ini.
“Pemuda UMNO Johor komited untuk memainkan peranan aktif dalam memperkukuh usaha penyatuan ini di peringkat akar umbi, selari dengan semangat kepimpinan yang digerakkan oleh pimpinan parti termasuk Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” ujar beliau. – UMNO Online
Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.