Budak 9 tahun rentung dalam kebakaran di Sri Aman
Budak 9 tahun rentung dalam kebakaran di Sri Aman

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Sentosa Indah, Sri Aman awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.02 pagi dengan terdapat enam mangsa berada di dalam rumah terbabit semasa kejadian berlaku.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang tiba di lokasi mendapati kebakaran itu membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang terbakar 100 peratus,” menurut kenyataan itu.
Pemeriksaan menemukan seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan rentung di tingkat atas rumah dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
Menurut JBPM Sarawak, seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 65 tahun didapati melecur pada badan dan dihantar ke Hospital Sri Aman.
“Tiga mangsa lain iaitu wanita berusia 40 tahun, remaja perempuan berusia 13 tahun serta remaja lelaki 15 tahun yang melecur pada bahagian kaki telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” menurut kenyataan itu.
Punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Budak 9 tahun rentung dalam kebakaran di Sri Aman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.