Tudor tetap yakin Spurs selamat

Tudor tetap yakin Spurs selamat

Tudor tetap yakin Spurs selamat
PEMAIN Spurs kecewa selepas dimalukan Palace. FOTO Reuters

London: Pengendali sementara Tottenham Hotspur, Igor Tudor percaya kekalahan memalukan 1-3 kepada Crystal Palace sebenarnya memberi keyakinan kepada beliau bahawa pasukannya mampu mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris.

Tottenham terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Dominic Solanke, namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Palace meledak tiga gol dalam tempoh 12 minit sebelum rehat di Stadium Tottenham Hotspur.

Keadaan bertambah buruk buat Spurs apabila pertahanan mereka, Micky van de Ven dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Ismaila Sarr di dalam kotak penalti, dengan Sarr tenang menyempurnakan sepakan penalti berkenaan.

Jorgen Strand Larsen kemudian menambah gol kedua Palace sebelum Sarr sekali lagi menemui sasaran, sekali gus mencetuskan suasana tegang dalam kalangan penyokong tuan rumah.

Kekalahan itu menyaksikan Tottenham kini berada di tangga ke-16 liga, hanya satu mata di atas zon penyingkiran selepas West Ham United yang berada di tangga ketiga tercorot menewaskan Fulham.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib


Spurs kini hanya mencatat satu kemenangan dalam 13 aksi liga di laman sendiri, sekali gus meletakkan mereka dalam bahaya besar untuk tersingkir ke divisyen kedua buat kali pertama sejak musim 1977-78.

Tudor yang mengambil alih tugas daripada Thomas Frank juga mula berdepan tekanan selepas tewas dalam tiga perlawanan pertamanya.

Namun pengendali dari Croatia itu tetap yakin aksi lebih baik pada babak kedua menunjukkan pemain masih mempunyai semangat untuk terus berjuang.

“Ia seperti dua perlawanan berbeza. Selepas kad merah, situasi berubah sepenuhnya. Pada babak kedua kami cuba bangkit dan saya nampak beberapa perkara menarik walaupun saya sangat kecewa seperti penyokong,” katanya.

“Kami perlu terus bekerja keras dan percaya. Selepas perlawanan ini, keyakinan saya sebenarnya lebih tinggi berbanding sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad


“Mungkin kedengaran pelik, tetapi saya nampak sesuatu dalam pasukan ini.”

Tottenham kini sudah bolos dua gol atau lebih dalam sembilan perlawanan liga berturut-turut, rekod terburuk dalam sejarah kelab.

Mereka juga tewas lima aksi liga berturut-turut selain gagal mencatat kemenangan dalam 11 perlawanan liga, kali pertama berlaku sejak 1975.

Walaupun statistik itu membimbangkan, Tudor cuba melihat sudut positif daripada persembahan pasukannya.

“Saya nampak tenaga yang lebih baik dan semangat juang. Pemain masih mahu berjuang,” katanya.

“Masih ada sembilan perlawanan lagi. Cristian Romero bakal kembali, Kevin Danso juga beraksi baik dan mungkin ada pemain lain akan kembali. Apabila skuad lengkap, saya percaya kami akan menjadi lebih baik.”

Kad merah Van de Ven menjadi titik perubahan apabila kekasaran paniknya ke atas Sarr merumuskan krisis yang sedang melanda kelab berkenaan.

Sebelum ini Tudor dengan yakin menyatakan Tottenham 100 peratus akan mengelak penyingkiran, namun kekalahan kepada Arsenal, Fulham dan Palace membuatkan kenyataan itu kini dipersoalkan.

Ketika ditanya sama ada kad merah Van de Ven menunjukkan pemain tidak mampu menanggung tekanan, Tudor berkata isu tekanan tidak sepatutnya dijadikan alasan.

“Kita perlu berhenti bercakap mengenai tekanan. Itu bukan perkara yang perlu dibincangkan lagi,” katanya.

Tottenham hanya pernah beraksi satu musim di luar divisyen utama sejak 1950.

Mereka kini mempunyai sembilan perlawanan untuk menyelamatkan diri daripada penyingkiran mengejut, bermula dengan kunjungan ke gelanggang Liverpool pada 15 Mac sebelum aksi penting menentang Nottingham Forest.

Sementara itu, Solanke mendedahkan beliau dan rakan sepasukan mengadakan perbincangan khas sejurus tamat perlawanan bagi mencari jalan keluar daripada krisis itu.

“Kami baru saja berbincang panjang. Kami tahu kedudukan kami sekarang bukan sesuatu yang kami mahukan.

“Kami perlu segera mencari cara untuk keluar daripada situasi ini.”Tiada lagi alasan. Kami perlu buktikan di atas padang,” katanya.

Tudor pada masa sama menegaskan beliau tidak memikirkan soal masa depannya.

“Saya tidak memikirkan perkara itu. Tugas saya adalah bekerja dan masih ada sembilan perlawanan lagi.

“Mesej saya kepada pemain kekal dalam bilik persalinan. Saya tahu situasi ini sukar, tetapi ia hanya satu fasa dan akan berlalu.”

Tudor tetap yakin Spurs selamat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker