Real Madrid akan terus berjuang rebut gelaran LaLiga
Real Madrid akan terus berjuang rebut gelaran LaLiga

Madrid: Real Madrid akan terus berjuang selagi mereka masih mempunyai peluang secara matematik untuk memenangi La Liga selepas kini ketinggalan empat mata di belakang Barcelona, kata jurulatih yang dihimpit tekanan, Alvaro Arbeloa, hari ini.
Los Blancos akan bertandang ke gelanggang Celta Vigo pada Jumaat dengan harapan dapat merapatkan jurang kepada satu mata sebelum perlawanan Barcelona selaku juara bertahan menentang Athletic Bilbao pada Sabtu.
Real hilang kedudukan di puncak liga selepas tewas kepada Osasuna, dua minggu lalu sebelum dimalukan di laman sendiri oleh Getafe, hujung minggu lalu, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Arbeloa.
“Kami ketinggalan empat mata, bukan 18. Ini Real Madrid. Selagi secara matematik kami masih boleh bersaing, kami akan terus berjuang, dan jika suatu hari nanti kami tidak lagi boleh bersaing sekalipun, kami tetap akan terus berjuang,” kata Arbeloa yang menggantikan Xabi Alonso sebagai jurulatih pada Januari.
“Di bilik persalinan, kami sedar musim ini masih panjang.
“Kami tewas dua perlawanan liga berturut-turut. Sudah tentu di kelab seperti Real Madrid, kekalahan sentiasa sukar diterima kerana jangkaan dan tekanan yang tinggi, tetapi ketika ini satu-satunya perkara yang kami fikirkan ialah perlawanan esok.”
Real turut dilanda masalah kecederaan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Pemain sayap Brazil, Rodrygo menyertai Kylian Mbappe, Jude Bellingham dan Eder Militao dalam senarai pemain yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut serius ketika menentang Getafe, yang berkemungkinan menyebabkan dia terlepas aksi Piala Dunia FIFA pada musim panas ini.
Pertahanan tengah, Dean Huijsen tidak dapat diturunkan menentang Celta kerana penggantungan.
“Apabila anda menang dan semua pemain bermain dengan baik, mudah untuk menyarung jersi ini,” tambah Arbeloa yang menegaskan beliau tidak akan mencari alasan berikutan masalah kecederaan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
- Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
- Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
“Kami perlu menunjukkan potensi sebenar kami sekarang. Dalam saat seperti inilah anda dapat melihat sama ada kami benar-benar layak menyarung jersi dan lambang kelab ini.”
Real Madrid akan menjadi tuan rumah kepada Manchester City dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Rabu depan.
Mbappe ke Paris untuk menjalani rawatan kecederaan lututnya manakala Bellingham berada di London, dengan kedua-duanya berharap dapat pulih tepat pada masanya untuk menentang City.
Real Madrid akan terus berjuang rebut gelaran LaLiga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.