Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan

Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan

Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyifatkan penganjuran program Ramadan Youth Circle Puteri UMNO x UMNO Siswa sebagai platform penting dalam menyatukan anak muda melalui pengisian bermanfaat serta perbincangan yang membina.

Beliau berkata ini kerana program seumpama itu bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta, malah menjadi ruang untuk memperkukuh kefahaman serta jati diri generasi muda dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

“Anak muda hari ini adalah pemimpin masa hadapan.

“Alhamdulillah, selesai sudah Ramadan Youth Circle PuteriUMNO x UMNOSiswa yang sarat dengan pengisian, diskusi bermakna dan semangat ukhuwah dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

“Moga platform seperti ini terus menyatukan suara, memperkukuh kefahaman dan membina jati diri generasi pewaris perjuangan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad


Sementara itu beliau turut memaklumkan usai majlis tersebut turut diadakan flag off Misi Outreach.

Menurut Nurul Amal ia melibatkan agihan sebanyak 200 pek makanan ke sekitar Chow Kit sebagai tanda komitmen anak muda untuk terus menyantuni masyarakat. – UMNO Online

Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker