Perjalanan Soon Huat-Shevon di Birmingham terhenti di pusingan kedua
Perjalanan Soon Huat-Shevon di Birmingham terhenti di pusingan kedua

Kuala Lumpur: Dominasi pasangan China terus menghantui Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila beregu negara itu sekali lagi tewas kepada Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada pusingan kedua Kejohanan Seluruh England, sebentar tadi.
Pada aksi berlangsung selama 42 minit itu, Soon Huat-Shevon akur tewas straight set 16-21, 18-21 kepada gandingan China berkenaan.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pasangan terus memihak kepada Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dengan 10 kemenangan berbanding hanya satu milik Soon Huat-Shevon daripada 11 pertemuan keseluruhan.
Kegagalan itu juga menyaksikan cabaran Malaysia dalam acara beregu campuran di kejohanan berstatus Super 1000 berkenaan berakhir lebih awal selepas empat lagi wakil negara tersingkir seawal pusingan pertama.
Pada set kedua, Soon Huat-Shevon sempat mendahului permainan namun gagal mengekalkan momentum apabila pasangan China itu bangkit mengejar sebelum menutup perlawanan dengan kemenangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
Shevon mengakui berdepan pasangan China sentiasa menuntut tahap fokus yang tinggi walaupun sedang mendahului perlawanan.
“Walaupun kami mendahului, itu tidak bermakna kami berada dalam zon selesa. Pemain China ada cara untuk bangkit dan mengejar dengan sangat pantas.
“Mereka mempunyai kebolehan individu dan kerjasama berpasukan yang sangat baik, jadi kami perlu fokus pada setiap mata kerana mereka boleh mengejar bila-bila masa,” katanya.
Soon Huat pula mengakui pasangan China itu sering memberikan tekanan terutama dari aspek kelajuan permainan.
“Kami selalu bertemu mereka. Kami perlu kekalkan fokus, kelajuan kerana mereka sentiasa memberikan tentangan dari segi kelajuan dan kuasa.
“Apabila perlawanan menjadi panjang, kami mula hilang fokus,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
- Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
- Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
Sebagai rekod, pada edisi tahun lalu Soon Huat-Shevon berjaya mara sehingga suku akhir sebelum tewas kepada Jiang Zhen Bang yang ketika itu bergandingan dengan Huang Dong Ping.
Perjalanan Soon Huat-Shevon di Birmingham terhenti di pusingan kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.