Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan

PUTRAJAYA, 5 Mac – Ketua Penerangan UMNO Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan, menegaskan bahawa Program Maidatul Rahman yang dianjurkan UMNO Bahagian tempatan dalam Ramadan ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, sebaliknya merupakan inisiatif parti untuk menyantuni masyarakat.
Jelasnya, Maidatul Rahman adalah manifestasi nyata komitmen UMNO Putrajaya untuk hadir di tengah masyarakat tanpa banyak alasan, mendengar keluh kesah rakyat, dan berkongsi kegembiraan Ramadan dalam suasana penuh keberkatan.
“Tak banyak alasan untuk tidak bersama rakyat. Ramadan adalah bulan untuk mempererat ukhuwah dan menunjukkan kepedulian. Maidatul Rahman bukan sekadar berbuka puasa tetapi inilah ruang untuk mendengar, membantu, dan menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang dan usia,” katanya.
Tengku Muhammed Hafiz menekankan bahawa pendekatan sebegini adalah asas kepada perjuangan UMNO iaitu kepimpinan yang bukan hanya bercakap, tetapi hadir dan bertindak untuk kesejahteraan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
- Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
- Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
“UMNO Putrajaya berperanan lebih daripada sekadar parti politik kerana kami adalah satu keluarga besar yang sentiasa hadir, bukan kerana politik atau hanya ketika pilihan raya, tetapi kebersamaan setiap.”

Katanya, ruang yang ada diaplikasi sebaiknya termasuk berinteraksi secara langsung antara kepimpinan UMNO dengan orang ramai sambal menikmati juadah yang disediakan.
Dalam hal ini, beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menyertai Maidatul Rahman bagi berkongsi keberkatan Ramadan, dan merapatkan ukhuwah.
Program ini berlangsung dari 20 Februari hingga 15 Mac, bersamaan 2 Ramadan hingga 25 Ramadan, bertempat di No. 66, Nadi 15, Jalan Perak P15, Putrajaya. – UMNO Online
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
You must be logged in to post a comment.