Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid

Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid

Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 5 Mac – Kerajaan menetapkan sasaran baharu iaitu 70 peratus penyertaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat Disember 2025, kadar penyertaan dalam bidang TVET telah mencapai 53.9 peratus, sekali gus menunjukkan perkembangan positif ke arah sasaran tersebut.

Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, sasaran itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikannya, hari ini.

“Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini telah menetapkan sasaran baharu iaitu 70% penyertaan lepasan SPM dalam bidang TVET menjelang akhir RMK13. Setakat Disember 2025, kadar penyertaan telah mencapai 53.9%, menunjukkan perkembangan positif ke arah sasaran tersebut,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad


Beliau berkata, beberapa inisiatif baharu turut dipersetujui termasuk program Digital Freelancing TVET bagi membuka peluang pendapatan melalui ekonomi digital global, program TVETPreneurs untuk melahirkan usahawan muda TVET serta pengukuhan latihan melalui PERHEBAT bagi membantu anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bakal bersara memasuki sektor pekerjaan baharu.

“TVET juga akan diperluaskan ke sektor strategik seperti agromakanan melalui TVET Pertanian, di samping membuka laluan kepada pelajar tahfiz untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 yang setara diploma, sekali gus memperluas peluang kerjaya dalam bidang kemahiran profesional,” katanya.

Tambah beliau, mesyuarat tersebut turut menetapkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya sebagai platform menghimpunkan institusi TVET, pemain industri serta komuniti bagi memperluas peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.

“Insya-Allah, kita mahu TVET terus menjadi pilihan masa depan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang berdaya saing dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya lagi. – UMNO Online

Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker