Kane terlepas perlawanan dengan Gladbach akibat cedera betis
Kane terlepas perlawanan dengan Gladbach akibat cedera betis

Berlin: Harry Kane akan terlepas aksi Bundesliga bersama Bayern Munich menentang Borussia Monchengladbach akibat kecederaan betis, kata jurulatih, Vincent Kompany, hari ini.
Penyerang England itu yang sentiasa diturunkan Bayern musim ini, dijangka kembali cergas menjelang perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atalanta pada Selasa depan.
“Ia hanya hentakan, tiada apa yang serius untuk jangka panjang, tetapi mungkin kami memerlukan sehari lagi untuk membolehkannya terlibat.
“Kami agak tenang. Sudah tentu kami mahu Harry terlibat, tetapi perkara seperti ini memang berlaku.
“Setiap kali Harry tiada, beberapa pemain lain pasti berharap mereka dapat mengambil peluang untuk menyerlah.”
Bayern berpeluang cerah ke arah mempertahankan gelaran Bundesliga hujung minggu lalu apabila bangkit dengan kemenangan 3-2 di gelanggang pencabar terdekat, Borussia Dortmund, sekali gus membuka kelebihan 11 mata.
Kane menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu untuk menjadikan jumlah jaringannya musim ini kepada 45 gol dalam semua pertandingan.
Kane terlepas perlawanan dengan Gladbach akibat cedera betis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.