Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”
Netizen Tersentuh
Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”
“Mengapa saya paling menyukai Ramadan adalah kerana keindahan berpuasa benar-benar menguji dan meningkatkan kawalan diri kita sebagai orang dewasa. Kita tak makan banyak sangat yang baik untuk kesihatan kita. Kita menjadi lebih cergas dan kelihatan lebih baik yang penting untuk keyakinan dan penampilan diri kita.”
Pada masa yang sama, pelakon yang turut ibu tunggal itu turut berpandangan bahawa bulan Ramadan dapat meningkatkan kesabaran diri dan mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T.
“Kita juga belajar untuk mempunyai lebih banyak kesabaran dan kawalan yang lebih baik daripada semua perbuatan buruk yang tidak selaras dengan harapan kita untuk mendapatkan redha dan keampunan Allah. 17 hari lagi sebelum tamat (bulan Ramadan). Tetap teguh wahai saudara saudari Islam.”
Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi termasuklah tersentuh dengan pesanan Nur Fazura. Malah ada juga yang mengakui pelakon itu sebagai ‘role model‘ mereka kerana sering memberikan kata-kata positif kepada pengikutnya.
“Salah satu sebab saya suka @missfazura, motivator yang suka beri kata-kata positif, “pembina keyakinan”, “pembangkit semangat” bila rasa down. Dia @missfazura adalah sumber inspirasi saya, pembina keyakinan dan sering menjadi “penggalak semangat” yang membantu orang lain mengatasi kesukaran. Semoga Allah lindungi @missfazura dan puteri Fatima.”
Perkongsian Nur Fazura itu bukan sahaja menjadi inspirasi kepada kita semua, tetapi turut menjadi peringatan bahawa setiap individu berada dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan

You must be logged in to post a comment.