Dituduh jadi hantu suanggi, nenek dibelasah penduduk

Dituduh jadi hantu suanggi, nenek dibelasah penduduk

Dituduh jadi hantu suanggi, nenek dibelasah penduduk
Mangsa dituduh penduduk menjadi suanggi. – X

JAKARTA – Seorang nenek dari Alor, wilayah Nusa Tenggara Timur dipukul penduduk kampung selepas dia dituduh sebagai makhluk halus yang dikaitkan ilmu hitam dikenali sebagai suanggi, lapor laman berita Detik semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai MA dipukul menggunakan kayu, manakala video kejadian tular di media sosial.

Ketua Polis Alor, Asisten Komisioner Kanan Nur Azhari berkata, keluarga mangsa mengetahui tentang kejadian itu selepas video tersebut tersebar di media sosial lalu membuat laporan polis.

“Mangsa menjalani pemeriksaan perubatan di Pusat Kesihatan Komuniti Mebung. Polis menahan dua pelaku, penduduk Kampung Lembur Barat,” katanya.

Pegawai turut merayu kepada belia Kampung Petleng dan Ketua Kampung Lembur Barat untuk bekerjasama dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

“Polis juga meminta keluarga mangsa untuk bertenang dan menahan diri daripada tindakan balas,” kata Nur Azhari. – AGENSI

Dituduh jadi hantu suanggi, nenek dibelasah penduduk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker