Bo Yang-Liu Yi sekat cabaran Khai Xing-Aaron

Bo Yang-Liu Yi sekat cabaran Khai Xing-Aaron

Bo Yang-Liu Yi sekat cabaran Khai Xing-Aaron
KHAI XING-AARON beri tentangan sengit sebelum tunduk kepada beregu China. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Perjalanan beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai di Kejohanan Seluruh England berakhir pada pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi di Arena Birmingham hari ini.

Pada aksi itu, pasangan ranking ke-33 dunia berkenaan memberi tentangan sengit sebelum akur tewas straight set 19-21, 17-21 kepada Bo Yang-Liu Yi yang berada di ranking ke-11 dunia.

Pada set pertama, Khai Xing-Aaron mempamerkan aksi bertenaga apabila berjaya mengejar mata demi mata sebelum mengikat kedudukan 16-16.

Namun pasangan China itu kembali menguasai permainan selepas kedudukan 17 mata sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 22 minit.

Memasuki set kedua, perlawanan berlangsung dalam tempo tinggi apabila kedua-dua pasangan saling mengejar mata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib


Ketenangan dalam mengawal permainan membolehkan Khai Xing-Aaron mendahului 15-14 sekali gus memberi harapan untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Bagaimanapun pengalaman memihak kepada Bo Yang-Liu Yi apabila mereka kembali menguasai permainan apabila mendahului 19-16.

Pasangan China itu akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-17 selepas aksi berlangsung selama 48 minit.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada beregu muda negara itu yang menunjukkan semangat juang yang tinggi sebelum akur dengan kekalahan kepada beregu di ranking lebih tinggi.

Khai Xing-Aaron sebelum ini melakarkan kejutan menyingkirkan pasangan nombor empat dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, pada pusingan pertama Seluruh England, kelmarin.

Bo Yang-Liu Yi sekat cabaran Khai Xing-Aaron

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker