Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur! [VIDEO]
“Vibe Putera Raja Sangat…”
Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur! [VIDEO]
![Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur! [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42-750x465-1.webp)
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah seorang sepupunya, Ella ketika mereka sekeluarga menziarahi salah sebuah rumah kebajikan dan perlindungan kanak-kanak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Amboi, Eidrees dan Ella! Bersembang sampai tak pandang kiri kanan! Hahaha Eidrees ni sayang sangat kat Ella sampai habis duit tabung dia belanja Ella. Ghisau betul mommy bila dia ada girlfriend nanti!.
Kadang-kadang, rumah anak yatim pun Eidrees yang belanja mereka semua. Dia suruh ambil duit dia untuk belanja kawan-kawan dia di Rumah Anak Yatim Nur Kasih. Alhamdulillah, dari kecil lagi Eidrees dah kenal mereka semua. Semoga sampai besar menjadi seorang yang dermawan.”-kongsi Anzalna di TikTok
@anzalnanasir Amboiii, Eidrees and Ella! Bersembang sampai tak pandang kiri kanan! Hahaha 😆 Eidrees ni sayang sangat kat Ella sampai habis duit tabung dia belanja Ella. Ghisau betul mommy bila dia ada girlfriend nanti! Kadang-kadang, rumah anak yatim pun Eidrees yang belanja mereka semua. Dia suruh ambil duit dia untuk belanja kawan-kawan dia di Rumah Anak Yatim Nur Kasih. Alhamdulillah, dari kecil lagi Eidrees dah kenal mereka semua. Semoga sampai besar menjadi seorang yang dermawan.
“Vibe Putera Raja Sangat Eidrees Ni…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Anzalna bersama Ella, malah ramai yang berpendapat Eidress bakal membesar menjadi seorang yang ‘gentleman’ kelak.
“Vibe putera raja sangat Eidrees ni dengan tangan dia tu bila bersembang.”
“Dah besar nanti, takut gf Eidrees jeles, selalu rapat dengan Ella.”
“Tak apa Eidrees sembang santai okay je masih macho lagi, jangan gelak ya tahan dulu sampai rumah baru gelak.”
“Love languange dia gitu pastu dia tahu apa perempuan suka. So sweet and gentleman.”
“The way he brings himself very gentleman. Ramai minat ni Eidress oi. Stress mommy nanti.”
Sekadar info, Anzalna Nasir mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
You must be logged in to post a comment.