Polis bantuan maut nahas di Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Polis bantuan maut nahas di Jalan Batang Kali-Genting Highlands

SHAH ALAM: Seorang polis bantuan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 10.54 malam.
Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dipandu pembantu kesihatan berusia 39 tahun dan motosikal ditunggang mangsa yang berusia 59 tahun.
“Siasatan awal mendapati dalam kejadian sekitar jam 10.15 malam ketika pemandu kereta dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Pahang melalui Jalan Batang Kali-Genting Highland.
“Sampai di satu selekoh, tiba-tiba datang penunggang motosikal dari arah bertentangan masuk ke laluan kereta dan bergesel. Mangsa kemudian dilaporkan hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
- Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
- Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammadi Mat Abu @ Ramli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis bantuan maut nahas di Jalan Batang Kali-Genting Highlands
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
You must be logged in to post a comment.