Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan lori
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan lori

BALING: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Kemangi, Jalan Kulim-Baling-Gerik, di sini jam 8.40 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, berkata penunggang lelaki tempatan berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian.
“Siasatan mendapati motosikal dari arah Keda Kemangi menghala ke Masjid Kuala Kuang manakala lori yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu pula dari arah sama, ” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
You must be logged in to post a comment.