Pemandu lori beras maut, tiga cedera dalam kemalangan 3 kenderaan di Tanjung Malim
Pemandu lori beras maut, tiga cedera dalam kemalangan 3 kenderaan di Tanjung Malim

IPOH: Seorang pemandu lori lelaki berusia 24 tahun maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 378 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) arah utara dekat Tanjung Malim, petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.57 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer.
“Kemalangan membabitkan seorang pemandu berusia 24 tahun yang maut apabila lori muatan beras dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan treler muatan gulungan besi dan lori muatan barangan terpakai.
“Lelaki tersebut tersepit di bahagian pemandu dan telah disahkan maut di lokasi oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
- Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
- Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
Sabarodzi berkata, tiga lagi mangsa cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.58 petang.
Pemandu lori beras maut, tiga cedera dalam kemalangan 3 kenderaan di Tanjung Malim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
You must be logged in to post a comment.