Anak, bapa saudara maut dirempuh pikap dipandu lelaki positif dadah
Anak, bapa saudara maut dirempuh pikap dipandu lelaki positif dadah

MUAR: Penunggang dan pembonceng maut selepas motosikal mereka dirempuh pikap yang dipandu lelaki positif dadah serta memiliki bahan terlarang dalam kemalangan di Jalan Rencong, Lenga, semalam.
Dalam nahas jam 8.42 lagi, dua bersaudara berkenaan Norman Ahmad, 47, yang juga penunggang motosikal dan Sa’at Kassim, 77, selaku pembonceng, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
Norman adalah anak saudara kepada Sa’at dan kedua-duanya meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata nahas berlaku apabila pikap jenis Ford Ranger dipandu lelaki berusia 39 tahun memasuki laluan bertentangan ketika melalui selekoh.

Pikap terbabit dalam perjalanan dari arah Pagoh menuju ke Lenga, kemudiannya merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
- Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
- Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa cedera parah dan dibawa ke HPSF namun disahkan meninggal dunia.
“Susulan kemalangan itu, polis menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu pikap dan menemukan 20 biji pil eramin 5 seberat 5.15 gram (g) serta syabu 0.39g.
“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methampethamin dan lelaki terbabit kemudian ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Raiz Mukhliz berkata, rentetan kejadian itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian.
“Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah reman,” katanya.
Anak, bapa saudara maut dirempuh pikap dipandu lelaki positif dadah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata
- Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak
- Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib
You must be logged in to post a comment.