Kur semangat! Budak-budak letup mercun ketika tarawih

Kur semangat! Budak-budak letup mercun ketika tarawih

Kur semangat! Budak-budak letup mercun ketika tarawih
Rakaman CCTV memaparkan kanak-kanak meletupkan mercun di halaman masjid. – Instagram

JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan jemaah tarawih terkejut apabila sekumpulan kanak-kanak bermain mercun di halaman masjid, lapor portal berita Lambe Turah semalam.

Kejadian berlaku di sebuah masjid di Cihampelas, Bandung Barat.

Dalam video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tersebut, sejumlah kanak-kanak dilihat bermain di halaman masjid ketika jemaah bersolat di dalam.

Percikan api kemudian muncul di samping bunyi letupan mercun dari kawasan bawah tangga, menyebabkan anak-kanak tersebut melarikan diri.

Beberapa jemaah kemudian keluar dari dalam masjid dan memarahi mereka.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Dahulu ketika kecil, saya pun pernah buat begitu,” kata seorang netizen. – AGENSI

Kur semangat! Budak-budak letup mercun ketika tarawih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker