Zii Jia mampu beri impak positif
Zii Jia mampu beri impak positif

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui kehadiran pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia ke dalam skuad Piala Thomas pada kali ini dilihat mampu membawa impak positif sekiranya kesemua berada pada prestasi sebenar.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, dari sudut pengurusan, pihaknya sentiasa akan menyokong penuh dan membantu pasukan untuk melakukan persiapan terbaik agar pada tahun ini Malaysia mampu menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi 1992.
“Bila kita nak bertanding, memang kita sentiasa nak yang terbaik. Jadi, kita sentiasa menghantar pasukan atau pemain terbaik yang kita ada dan berharap dapat keputusan yang cemerlang juga nanti.
“Kami di pihak pengurusan dan pentadbiran pun kita sudah beri sokongan dan dorongan sepenuhnya. Dalam sukan ini, kita boleh rancang, kita boleh hantar yang terbaik tapi susah kita nak ramal keputusan akan atau nak menetapkan keputusan.
“Presiden (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pun jelas mengenai sasaran kita. Memang itu harapan kita dan kita berharap yang terbaik daripada pemain dan sokongan penuh daripada media dan penyokong untuk memberi sokongan serta berdoa bagi kejayaan pasukan kita,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari melihat gabungan pemain profesional dan atlet di bawah naungan BAM mampu menghasilkan impak besar dalam kempen Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark, hujung April ini.
Selain itu, saingan Piala Thomas bukan bergantung kepada kepakaran individu sebaliknya ia memerlukan kerjasama berpasukan yang jitu dan sebab itu, pengalaman yang ada kepada Zii Jia dilihat mampu memberi suntikan buat kem badminton negara.
Zii Jia kini berada di ranking ke-64 dunia dan berpeluang untuk meningkatkan kedudukan itu untuk diletakkan sama ada pilihan kedua atau ketiga nanti. Untuk rekod, acara perseorangan sememangnya amat penting dan menjadi penentu kejayaan pasukan.
Pemain lain yang berada di atas Zii Jia dari segi ranking ialah Leong Jun Hao (27), Justin Hoh (38) dan Aidil Sholeh Ali Sadikin (47).
Untuk rekod, pada edisi 2024, Malaysia berjaya mara sehingga ke separuh akhir sebelum tewas 1-3 kepada tuan rumah, China.
Zii Jia mampu beri impak positif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
You must be logged in to post a comment.