Spurs ‘kekalkan’ rekod kalah

Spurs ‘kekalkan’ rekod kalah

Spurs 'kekalkan' rekod kalah
REAKSI kecewa Dominic Solanke bersama Pape Matar Sarr selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS

London: Kelab yang sedang bergelut, Tottenham Hotspur, gagal menjauhkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-2 kepada seteru setempat London, Fulham, hari ini.

Hanya empat mata memisahkan Spurs daripada tangga ke-18 milik West Ham United, dan kekalahan di Craven Cottage itu menyaksikan mereka terus terjerumus dalam persaingan untuk kekal di liga, selepas minggu lalu dibelasah 1-4 di laman sendiri oleh pendahulu liga, Arsenal.

Gol kedua tuan rumah hadir pada minit ke-34 menerusi rembatan deras Alex Iwobi, dengan bola melencong melepasi penjaga gol, Guglielmo Vicario sebelum terkena bahagian dalam tiang kiri dan menerjah jaring.

Spurs merapatkan jurang pada minit ke-66 apabila Richarlison menanduk masuk gol, hanya lapan minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian, sekali gus menghidupkan peluang Spurs untuk bangkit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara


Namun, Fulham sepatutnya sudah menutup perlawanan lebih awal dengan beberapa peluang terhidang, selain aksi cemerlang Vicario yang melakukan beberapa penyelamatan penting untuk memastikan Spurs tidak dibolosi lebih banyak gol.

Spurs ‘kekalkan’ rekod kalah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker