Seorang patah kaki, 7 lagi cedera ringan, sesak nafas, inap desa terbakar

Seorang patah kaki, 7 lagi cedera ringan, sesak nafas, inap desa terbakar

Seorang patah kaki, 7 lagi cedera ringan, sesak nafas, inap desa terbakar
Pasukan bomba memadamkan api kebakaran sebuah inap desa di Solok Sungai Emas, Jalan Batu Feringghi di sini, yang menyebabkan seorang penyewa patah kaki kanan manakala tujuh lagi sesak nafas dan cedera ringan. – Foto ihsan JBPM

GEORGETOWN: Seorang patah kaki kanan manakala tujuh lagi cedera ringan dan sesak nafas selepas inap desa yang mereka sewa di Solok Sungai Emas, Jalan Batu Feringghi di sini, terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata semua mangsa wanita berusia antara 31 dan 32 tahun itu sempat menyelamatkan diri sejurus kejadian.

Katanya, mereka diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi sebelum dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

“Lapan wanita terbabit menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Seorang daripadanya patah kaki kanan dan selebihnya sesak nafas serta luka ringan ketika menyelamatkan diri.

“Difahamkan semua mangsa mempunyai hubungan sebagai rakan sekerja. Mereka menginap di inap desa itu bagi menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka dan dijangka mendaftar keluar hari ini,” katanya di sini, hari ini.

John berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.46 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal diketuai Mohamad Rafizi Arafpin.

Katanya, kebakaran membabitkan ruang tamu rumah tiga tingkat dengan kemusnahan kira-kira 20 peratus.

“Pasukan penyelamat yang berpakaian pelindung diri (PPE) melakukan ‘size up’ dan api berjaya dikawal pada jam 5.20 pagi. Operasi ditamatkan pada jam 6.26 pagi,” katanya.

Seorang patah kaki, 7 lagi cedera ringan, sesak nafas, inap desa terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker