Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah [VIDEO]

‘Tempat Isteri Di Sisi Suami’

Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah [VIDEO]

Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah [VIDEO]

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mencuri perhatian netizen dengan sikapnya yang ‘sempoi’ dan terbuka dalam menyambut kehadiran menantu sulung, tidak lama lagi.

Ammar kahwin 26 Jun

Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini mengenai majlis perkahwinan anak sulungnya, Ammar Effendy, yang dijadualkan berlangsung pada 26 Jun akan datang.

26 Jun ini, selepas raya. Sekarang saya sibuk dengan persiapan koleksi baru untuk Raya. Lepas raya baru saya akan ‘all-out’ untuk persiapan perkahwinan Ammar.

Ditanya mengenai karakter bakal menantunya, Rozita menyifatkan gadis pilihan Ammar yang dikenali sebagai Auni seorang yang pendiam.

Malah pelakon drama Kiah Pekasam ini tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya bakal menantunya itu ingin terus bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin nanti.

Ammar ada cakap mungkin dia (Auni) nak berhenti kerja lepas kahwin. Bagi saya, terpulanglah.

Tempat isteri di sisi suami. Kalau nak kerja boleh, tak nak pun tak ada masalah.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu dia tidak mahu pening kepala memikirkan soal ‘berebut’ kasih sayang anak.

Malah dia lebih senang membiarkan menantunya mengambil alih tanggungjawab menjaga keperluan anaknya yang sudah mencecah usia 30 tahun itu.

Tak payah berebutlah. Lepas kahwin tu, ambillah. Dia dah 30 tahun duduk dengan kita.

Kalau dia nak ‘mummy’ masak, saya masak. Kalau nak isteri masak, lagi senang, saya boleh tidur! Biarlah isteri pula yang ‘take over’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Che Ta yang terbuka dan faham akan batas serta ruang selepas anak mendirikan rumah tangga.

Sumber: Threads Majalah Nona

Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker