Pelajar hina al-Quran: Kertas siasatan dirujuk AGC esok – Polis

Pelajar hina al-Quran: Kertas siasatan dirujuk AGC esok – Polis

Pelajar hina al-Quran: Kertas siasatan dirujuk AGC esok - Polis
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

KUANTAN: Kertas siasatan kes pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditahan kerana memijak al-Quran akan dirujuk Jabatan Peguam Negara (AGC) esok untuk mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki itu disambung reman tiga hari lagi sehingga 3 Mac ini selepas tempoh reman tamat semalam.

Menurutnya, polis menerima 62 laporan dari seluruh negara berhubung penularan foto memaparkan al-Quran dipijak di media sosial.

“Setakat ini, 43 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti agama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara


“PDRM akan menjalankan siasatan secara telus, profesional dan adil serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan keamanan negara,” katanya.

Pelajar hina al-Quran: Kertas siasatan dirujuk AGC esok – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker