Lelaki maut disyaki terkena tembakan rakan ketika memburu
Lelaki maut disyaki terkena tembakan rakan ketika memburu

KOTA BELUD: Lelaki yang pada awalnya dipercayai maut akibat terjatuh pokok ketika memburu di Hutan Simpan Stesen Safoda, Ulu Kukut, di sini semalam sebenarnya disyaki terkena tembakan rakannya.
Dalam kejadian jam 7.17 malam itu, mangsa berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira 5.2 kilometer dari Pejabat Ladang Safoda.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, berkata siasatan awal mendapati mangsa cedera di kepala dan badan yang disyaki akibat kesan tembakan.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa keluar memburu bersama seorang lelaki berusia 35 tahun pada awal pagi hari kejadian.
“Susulan itu, polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Temu bual awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian terbabit,” katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas selaras senapang jenis bakakuk serta beberapa barangan berkaitan untuk tujuan pemeriksaan forensik dan analisis balistik.
“Permohonan reman sudah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Lelaki maut disyaki terkena tembakan rakan ketika memburu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
You must be logged in to post a comment.