Kes tular lelaki berpaut di kereta bergerak, ini hasil dapatan siasatan polis

Kes tular lelaki berpaut di kereta bergerak, ini hasil dapatan siasatan polis

Kes tular lelaki berpaut di kereta bergerak, ini hasil dapatan siasatan polis
Seorang lelaki terjatuh selepas berpaut di kereta bergerak dipercayai di Bandar Seri Alam, Masai di Pasir Gudang di sini. Gambar tangkap layar video FB.

PASIR GUDANG: Perbuatan seorang lelaki berpaut pada sebuah kereta bergerak di atas jalan raya di kawasan Seri Alam di sini, yang tular semalam, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan bekas isteri.

Berdasarkan video yang tular di media sosial itu, lelaki berpakaian kemeja T dan berseluar hitam itu didapati berpaut di kereta jenis Suzuki Swift biru sebelum terjatuh. Perbuatannya itu kemudian menimbulkan tanda tanya terutama netizen yang melihat video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 11 saat itu semalam yang dimuatnaik oleh pengendali akaun media sosial Komuniti Bandar Seri Alam.

Katanya, pihaknya kemudian menjalankan siasatan lanjut dan mendapati ia berpunca akibat perselisihan faham antara lelaki berkenaan dengan pemandu wanita terbabit yang juga bekas isterinya.

“Siasatan mendapati pada jam 3.30 petang semalam, berlaku pertelingkahan antara mereka bermula di sebuah pasaraya di Bandar Seri Alam di sini. Kemudian lelaki itu memanjat atas bonet dan berpaut di hadapan kereta dipandu perlahan wanita terbabit sejauh kira-kira 2 kilometer.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara


“Kemudian sekumpulan lelaki dipercayai rakan kepada lelaki itu menghalang kereta wanita berkenaan. Mereka didapati memeras ugut dengan merampas barangan milik wanita itu dan memecahkan cermin keretanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

@bharianmy

Kes tular lelaki berpaut di kereta bergerak, ini hasil dapatan siasatan polis beritaditiktok

♬ bunyi asal – Berita Harian – Berita Harian

Semalam, media melaporkan aksi seorang lelaki berdepan risiko kehilangan nyawa apabila berpaut pada kenderaan yang dipandu, dipercayai di laluan di Bandar Seri Alam hingga menjadi tumpuan orang ramai dan kemudian tular di media sosial.

Mohd Sohaimi berkata berdasarkan maklumat diterima, seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 tahun kemudian berjaya ditahan di Jalan Persisiran Seri Alam, Masai, di sini, pada jam 2 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Katanya, tahanan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selama tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Mac bagi siasatan lanjut kes.

“Hasil semakan rekod, mendapati suspek tiada sebarang rekod lampau kesalahan jenayah manakala hasil saringan ujian air kencing pula mendapati suspek terbabit adalah positif ketamin.

“Siasatan dijalankan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 384 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan pemerasan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan kedua-duanya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid

​_


Mohd Sohaimi berkata siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan khianat terhadap hartabenda, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Selain itu, mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu dengan sengaja menggunakan dadah, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda tidak melebihi RM5000,” katanya.

“Sekiranya orang awam memiliki maklumat berkaitan kejadian, diminta salurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Arif Azlan Ali Ahmad di talian 011-61863876 atau talian hotline ipd Seri Alam di 07-3864222,” katanya.

Kes tular lelaki berpaut di kereta bergerak, ini hasil dapatan siasatan polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker