Kekalahan di Jerman tidak gugat keyakinan Herry
Kekalahan di Jerman tidak gugat keyakinan Herry

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi enggan terlalu panik susulan persembahan pasangan negara kurang memuaskan di Terbuka Jerman minggu ini sebaliknya yakin setiap dari mereka akan bangkit di Seluruh England yang akan bermula Selasa ini.
Di Terbuka Jerman, tiga gandingan anak didik Herry turun beraksi, namun langkah mereka hanya terhenti di pusingan kedua meskipun beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diletakkan sebagai pilihan pertama.
Jika melihat kepada prestasi semasa, ia mungkin merisaukan tetapi pengendali dari Indonesia itu lebih mengenali anak buahnya dan sebab itu, beliau yakin mereka akan bangkit dengan persembahan yang lebih konsisten terutama Aaron-Wooi Yik.
Bagi Herry atau dikenali sebagai Naga Api, beliau melihat kekalahan pasangan nombor dua dunia itu kepada Julien Maio-William Villeger dari Perancis itu bukan disebabkan prestasi merudum sebaliknya lawan turun bermain cemerlang pada hari itu.
“Corak permainan Aaron-Wooi Yik belum fokus sepenuhnya dan belum capai prestasi 100 peratus. Perancangan kita sudah pasti persediaan ke arah yang lebih penting iaitu Seluruh England.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
“Jadi, kekalahan ini bukanlah masalah (besar) kerana pasangan Perancis itu juga bermain dengan cukup baik. Tetapi Aaro-Wooi Yik pula dalam perlawanan itu, belum capai maksimum prestasi lagi,” katanya.
Justeru, Herry yakin bekas juara dunia 2022 itu dan rakan-rakannya akan bangkit mempamerkan permainan dengan lebih baik untuk memburu kejuaraan di Seluruh England.
Untuk makluman, terdapat lapan wakil beregu lelaki negara akan turun beraksi namun angka itu akan mula berkurang susulan bertemu sesama sendiri seawal pusingan kedua.
Kekalahan di Jerman tidak gugat keyakinan Herry
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
You must be logged in to post a comment.