Hirup kopi sambil tergantung di lereng bukit
Hirup kopi sambil tergantung di lereng bukit

BEIJING – Sebuah kafe di China menjadi tarikan pelancongan kerana membenarkan pengunjung untuk menghirup kopi di lereng bukit pada ketinggian 60 meter di atas paras laut, lapor laman berita Oddity Central.
Dikenali sebagai Gushi Cliff Coffee, kafe yang terletak di wilayah Fujian itu dibuka kepada orang ramai sejak 2004.
Tarikan itu menawarkan pelantar yang dipasang pada lereng bukit sebagai tempat duduk pelanggan untuk menghirup kopi sambil menikmati pemandangan bukit dan hutan.
Pelanggan perlu menempuh laluan besi dipanggil ‘via ferata’ selama 30 minit sebelum dibawa turun ke pelantar di bawah pengawasan seorang jurulatih.
Gushi Cliff Coffee menjadi tular di media sosial China kerana strukturnya yang unik dengan rupa seakan-seakan pelanggan tergantung di tepi bukit.
Pengasas Gushi Cliff Coffee menyatakan bahawa pelanggan perlu membuat tempahan awal ke kafenya.
Pelanggan boleh menikmati secawan kopi berharga 398 yuan (RM225) tanpa had masa. – AGENSI
Hirup kopi sambil tergantung di lereng bukit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
You must be logged in to post a comment.