Budak 4 tahun rentung di PPR: Ibu tiada di rumah kerana ke kedai beli barang – Polis
Budak 4 tahun rentung di PPR: Ibu tiada di rumah kerana ke kedai beli barang – Polis
KUALA LUMPUR: Kebakaran meragut nyawa kanak-kanak berusia empat tahun di Bukit Jalil, dekat sini petang tadi dikatakan berlaku ketika ibu mangsa keluar untuk membeli makanan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berdasarkan siasatan dilakukan susulan kejadian berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah itu kira-kira jam 2.50 petang.
“Semasa kejadian, mangsa berada di rumah bersama lima adik beradiknya berusia sekitar sembilan bulan hingga 10 tahun, manakala ibu mereka pergi ke kedai untuk membeli makanan.
“Jiran-jiran yang menyedari kebakaran berlaku, segera membantu mereka, namun gagal menyelamatkan mangsa kerana kanak-kanak itu terperangkap dalam bilik tidur utama yang terbakar,” katanya melalui kenyataan.
Mohd Rosdi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah unit kediaman di Blok A PPR Kampung Muhibbah itu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 jam 2.59 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bersama BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi.
Budak 4 tahun rentung di PPR: Ibu tiada di rumah kerana ke kedai beli barang – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

You must be logged in to post a comment.