Bot bawa 37 PATI ditahan ketika cuba menyusup di perairan Pulau Sayak

Bot bawa 37 PATI ditahan ketika cuba menyusup di perairan Pulau Sayak

Bot bawa 37 PATI ditahan ketika cuba menyusup di perairan Pulau Sayak
Romli ketika sidang media rampasan bot dan tangkapan PATI di Pejabat Maritim Kuala Kedah. – NSTP/ WAN NABIL NASIR

KUALA KEDAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot membawa 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara awal pagi semalam.

Bot terbabit ditahan hasil operasi bersepadu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Pulau Pinang di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Pulau Sayak, dekat Kuala Muda, jam 5.30 pagi.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, 32 daripada 37 PATI itu membabitkan warga Myanmar, manakala selebihnya membabitkan tiga warga Bangladesh serta dua warga Thailand yang dipercayai tekong.

Mengulas lanjut, bot ronda milik Maritim Malaysia dan PPM mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran disyaki membawa PATI dari arah Yan menuju daratan berhampiran Pulau Sayak.

“Menyedari kehadiran penguat kuasa, bot berkenaan cuba merapat ke persisiran pantai Pulau Sayak untuk membolehkan PATI melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara


“Bagaimanapun cubaan mereka gagal dan semua PATI berusia antara enam hingga 47 tahun itu ditahan,” katanya pada sidang media.

Romli berkata, sindiket dipercayai menggunakan bot laju yang boleh sampai kira-kira tiga hari dari negara jiran ke Pulau Sayak, berbanding kapal kayu bersaiz besar yang memakan masa lebih lama.

Pihaknya percaya semua PATI dari Tanyong Po (Tanjung Pauh) di Satun, Thailand menuju Pulau Sayak, dengan setiap PATI membayar kira-kira RM15,000 untuk masuk ke negara ini menerusi jalan laut,” katanya.

Dalam operasi yang sama, pihak berkuasa menemukan tiga kenderaan disyaki digunakan untuk membawa keluar PATI terbabit dari lokasi pendaratan.

Pihak berkuasa turut menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 40-an yang disyaki akan membawa mereka menggunakan laluan darat itu.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Anti-Permerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), ” katanya.

Bot bawa 37 PATI ditahan ketika cuba menyusup di perairan Pulau Sayak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker