787 kes penipuan pelaburan tak wujud sepanjang Januari, kerugian cecah RM115 juta – Bukit Aman

787 kes penipuan pelaburan tak wujud sepanjang Januari, kerugian cecah RM115 juta - Bukit Aman
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 787 kes penipuan membabitkan pelaburan tidak wujud direkodkan dalam tempoh sebulan pertama tahun ini, dengan kerugian keseluruhan RM115 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, jumlah kes direkodkan itu menunjukkan peningkatan lapan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan 732 kes.

Bagaimanapun, nilai kerugian dialami semua mangsa hasil kes sepanjang Januari lalu menurun tujuh peratus atau RM8.4 juta berbanding RM123 juta yang direkodkan tempoh sama 2025.

“Kita harap masyarakat dapat ambil beberapa langkah untuk mengelak ditipu pelaburan tidak wujud. Antaranya dengan menyemak kelayakan, selain berhati-hati tawaran yang terlalu baik serta jangan bayar wang pendahuluan.

“Selain itu, orang ramai diminta memeriksa ulasan dan maklumat latar belakang, elakkan berkongsi maklumat peribadi secara terbuka serta membaca terma dengan teliti,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara

Mengulas lanjut, Muh Rusdi berkata sindiket cenderung menggunakan saluran iklan di media sosial kononnya menawarkan kelas untuk belajar pelaburan secara percuma.

“Antara taktik sindiket ialah meminta mangsa membuat bayaran komisen terlebih dahulu sebelum mangsa dimaklumkan bahawa wang pengeluaran disekat oleh Bank Negara Malaysia.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk membayar cukai tertentu sebelum menyedari diri tertipu,” katanya.

Menurutnya, masyarakat diingatkan membuat semakan di portal rasmi semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi selain merujuk senarai ‘Top Ten’ di mana JSJK mengemas kini senarai syarikat yang paling kerap dilaporkan sebagai pemilik akaun bank penipu.

“Berdasarkan rekod, banyak syarikat berunsur perniagaan renovasi, pembinaan dan perdagangan dikesan sebagai akaun keldai.

“Pelaburan sah tidak akan meminta anda memindahkan wang ke akaun syarikat pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali melalui aplikasi sembang,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid

Tambahnya, hubungi Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 segera selepas menyedari dipersaya dan baharu melakukan transaksi ke akaun bank scammer.

“Selain itu, orang ramai diminta memeriksa ulasan dan maklumat latar belakang, elakkan berkongsi maklumat peribadi secara terbuka serta membaca terma dengan teliti,” katanya.

Mengulas lanjut, Muh Rusdi berkata sindiket cenderung menggunakan saluran iklan di media sosial kononnya menawarkan kelas untuk belajar pelaburan secara percuma.

“Antara taktik sindiket ialah meminta mangsa membuat bayaran komisen terlebih dahulu sebelum mangsa dimaklumkan bahawa wang pengeluaran disekat oleh Bank Negara Malaysia.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk membayar cukai tertentu sebelum menyedari diri tertipu,” katanya.

Menurutnya, masyarakat diingatkan membuat semakan di portal rasmi semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi selain merujuk senarai ‘Top Ten’ di mana JSJK mengemas kini senarai syarikat yang paling kerap dilaporkan sebagai pemilik akaun bank penipu.

“Berdasarkan rekod, banyak syarikat berunsur perniagaan renovasi, pembinaan dan perdagangan dikesan sebagai akaun keldai.

“Pelaburan sah tidak akan meminta anda memindahkan wang ke akaun syarikat pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali melalui aplikasi sembang,” katanya.

Tambahnya, hubungi Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 segera selepas menyedari dipersaya dan baharu melakukan transaksi ke akaun bank scammer.

787 kes penipuan pelaburan tak wujud sepanjang Januari, kerugian cecah RM115 juta – Bukit Aman

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker