Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari memaklumkan jentera wanita parti tidak pernah berhenti melaksanakan gerak kerja di lapangan, termasuk mendekati rakyat dan mengetengahkan isu semasa.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran berkata peranan penerangan terus diperkasa dengan memastikan setiap aktiviti dan program akar umbi dikongsikan kepada masyarakat.
“Jentera Penerangan Wanita tidak berhenti turun padang dan mengetengahkan isu yang ada. Saya juga memberi maklum kepada ketua-ketua penerangan negeri supaya mereka muatnaik apa sahaja program di akar umbi itu ke media sosial.
“Supaya orang tahu yang wanita ini memang tidak berhenti buat kerja sama ada bulan puasa atau tidak, pagi tadarus petang turun padang jumpa rakyat santuni mereka,” katanya ketika ditemui UMNO Online ketika Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana anjuran Wanita UMNO Malaysia baru-baru ini.
Tambah beliau, gerak kerja Wanita UMNO berjalan seperti biasa di seluruh negara, termasuk di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran pembangkang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
Menurutnya, ia sekaligus menunjukkan komitmen berterusan jentera wanita parti itu dalam mendekati rakyat tanpa mengira latar belakang politik atau kedudukan pentadbiran negeri.
“Insya-Allah kita giat turun padang jumpa dengan rakyat seramai yang boleh di seluruh negara, gerak kerja seperti biasa termasuk juga negeri di bawah pembangkang.
“Sudah biasa wanita ini buat kerja tidak boleh duduk diam, sudah berpuluh tahun dan menjadi tradisi buat kita.
“Ketika menjadi kerajaan, kita memberi sebaik mungkin, namun apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, kita tetap membantu seadanya.
“Apa yang penting, rakyat bukan mengharapkan banyak atau sedikit pemberian, sebaliknya mereka mahu melihat kehadiran kita dan mengetahui bahawa kita masih mengingati serta mengambil berat tentang mereka,” ujar beliau. – UMNO Online
Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.