Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme

Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme

Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru seluruh warga Tentera Darat Malaysia untuk memperkukuh integriti dan Profesionalisme sempena Sambutan Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke-93.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa Tentera Darat Malaysia kekal teguh sebagai benteng utama pertahanan negara.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia dan para veteran.

“Sejak penubuhannya 93 tahun lalu, Tentera Darat Malaysia terus memikul amanah mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh dedikasi, berteraskan disiplin, profesionalisme dan integriti yang menjadi tunjang kekuatan angkatan.

“Meskipun berdepan pelbagai cabaran, termasuk yang berlaku baru-baru ini, Tentera Darat Malaysia kekal teguh sebagai benteng utama pertahanan negara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Kementerian Pertahanan komited memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia sebagai komponen utama Angkatan Tentera Malaysia.

Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme

“Saya menyeru seluruh warga Tentera Darat agar terus memperkukuh integriti dan profesionalisme untuk memastikan Tentera Darat Malaysia sentiasa diyakini dan dipercayai rakyat.

“Kementerian Pertahanan komited memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia sebagai komponen utama Angkatan Tentera Malaysia, selaras usaha membina Angkatan Masa Hadapan yang lebih tangkas, berdaya tahan dan disegani.

“Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga dan veteran Tentera Darat Malaysia atas segala jasa, pengorbanan dan kesetiaan kepada ibu pertiwi. Khidmat bakti kalian akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah dan kekuatan pertahanan negara,” katanya lagi. – UMNO Online

Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker