Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin bahawa sektor pertanian di Negeri Pahang akan terus berkembang sebagai antara penyumbang utama ekonomi negeri dan negara.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) pada petang Jumaat

“Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKPP pada Jumaat petang. PKPP terus memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan sektor pertanian negeri.

“Alhamdulillah, seusai mesyuarat saya turut dapat meluangkan masa berbuka puasa bersama para pegawai dan kakitangan PKPP di De Rhu Beach Resort, Balok dengan suasana sederhana tapi penuh kebersamaan.

“Insya-Allah, dengan komitmen semua pihak, sektor pertanian Pahang akan terus berkembang sebagai antara penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara

PKPP merupakan agensi milik Kerajaan Negeri Pahang yang ditubuhkan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan pertanian serta agroindustri di Pahang.

PKPP terlibat dalam pelbagai subsektor termasuk tanaman makanan, perladangan, penternakan dan pembangunan usahawan tani, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pertanian sebagai sektor berimpak tinggi.

Negeri Pahang mempunyai keluasan tanah yang besar dan sumber asli yang melimpah memberi kelebihan strategik dalam pembangunan sektor agromakanan dan komoditi.

Dengan sokongan dasar kerajaan negeri dan kerjasama agensi berkaitan, sektor ini dilihat berpotensi terus berkembang, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat serta pengukuhan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan,” katanya lagi. – UMNO Online

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker