Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Rejim Zionis yang telah melancarkan serangan terhadap Republik Iran.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan tersebut berisiko mencetuskan ketegangan yang lebih besar di rantau tersebut.
“Sebentar tadi, dunia dikejutkan dengan tindakan Rejim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Republik Islam Iran.
“Tindakan ini amat membimbangkan dan berisiko mencetuskan ketegangan yang lebih besar di rantau tersebut.
“Serangan ini jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk Konvesyen Geneva, resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Perhimpunan Agung PBB, dan prinsip-prinsip piagam PBB,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, serangan tersebut juga telah melanggar kedaulatan sebuah negara di samping mengancam keselamatan serantau.

“Disamping itu, serangan ini juga telah melanggar kedaulatan sebuah negara dan mengancam keselamatan dan kestabilan serantau. Apa jua alasan yang diberikan, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.
“Tindakan agresif ini hanya akan menyumbang penderitaan kepada rakyat yang tidak berdosa dan membuka ruang kepada konflik yang lebih luas. Dunia ketika ini tidak memerlukan peperangan baharu.
“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis ini dan serangan ini mesti dihentikan dengan segera. Rundingan perlu diadakan demi menjamin keamanan serta kestabilan sejagat,” katanya lagi.
Pada Sabtu media melaporkan Rejim Israel telah melancarkan satu serangan terhadap Iran, sekali gus mencetuskan satu lagi episod ketegangan ketenteraan di Asia Barat.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mendakwa, tindakan itu diambil kononnya bagi “menghapuskan ancaman terhadap Israel’ susulan kebimbangan berterusan terhadap program nuklear serta pembangunan peluru berpandu Iran yang didakwa mampu menggugat keselamatan serantau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry
Terdahulu, rakyat Malaysia yang berada di Bahrain diminta pergi ke Kedutaan Malaysia di sana buat sementara waktu.
Sumber Wisma Putra berkata, arahan itu susulan Iran melancarkan serangan balas ke atas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, hari ini, selepas Israel dan AS menyerang negara itu. – UMNO Online
Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.