Warga emas didakwa pecahkan skrin mesin ATM sekitar Jinjang

Warga emas didakwa pecahkan skrin mesin ATM sekitar Jinjang

Warga emas didakwa pecahkan skrin mesin ATM sekitar Jinjang
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang tukang cat warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas empat pertuduhan memecahkan 13 skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di tiga bank di sekitar Jinjang dekat sini, minggu lalu.

Leong Kuen, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan empat Majistret iaitu Aina Azahra Arifin, Atiqah Mohamed Saim, Nurul Izzah Hasan Basri dan Faezahnoor Hassan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat itu menggunakan batu dan tangan antara jam 8 pagi 16 Februari hingga 9.44 malam 17 Februari lalu sehingga menyebabkan kerugian masing-masing berjumlah RM45,183.20 kepada Maybank dan RM24,257.76 kepada RHB Bank.

Leong juga berdepan satu lagi pertuduhan khianat dengan cara menumbuk panel penutup mesin deposit tunai di Maybank Jinjang Selatan sehingga mengakibatkan kerugian RM800 kepada Maybank pada jam 10 malam 16 Februari lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti


Dia didakwa melakukan semua kesalahan di Public Bank, Maybank dan RHB Bank sekitar Jinjang Utara dan Jinjang Selatan, Kepong di sini mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM14,300 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 7 serta 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh, Nur Farhana Mohamad Poad, Nurul Farhanah Arul Hisham dan Nurainizatul Farhana Zainal manakala Leong tidak diwakili peguam.

Warga emas didakwa pecahkan skrin mesin ATM sekitar Jinjang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker