TRW FC perit hadapi Liga Super, Piala Cabaran

TRW FC perit hadapi Liga Super, Piala Cabaran

TRW FC perit hadapi Liga Super, Piala Cabaran
AKMAL akui jadual padat antara punca pemainnya gagal pamer aksi terbaik.

Kota Bharu: Penolong ketua jurulatih Kelantan The Real Warriors FC (TRW FC) Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukan itu berdepan cabaran besar untuk menghadapi saingan Liga Super dan separuh akhir Piala Cabaran musim ini.

Beliau berkata, skuad kendaliannya perlu menghadapi jadual padat, perjalanan jauh serta beraksi pada Ramadan menjelang dua perlawanan penting menentang Brunei DPMM FC pada aksi Liga Super esok dan Penang FC pada separuh akhir Piala Cabaran, 4 Mac depan.

“Walaupun kami menjadi tuan rumah dalam kedua-dua perlawanan itu, pasukan tetap perlu beraksi di luar Kelantan, iaitu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

“Situasi ini memberi cabaran kepada pasukan kerana kami tidak mempunyai tempoh rehat yang panjang dan memerlukan tahap kecergasan tinggi, lebih-lebih lagi ketika pemain berpuasa,” katanya hari ini.

Selepas mengharungi 17 perlawanan Liga Super, TRW FC kini berada di kedudukan ke-10 dengan 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan 10 kekalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti


Jurulatih kelahiran Kedah itu berkata aksi pada Ramadan menuntut pemain mengimbangi kecergasan, fokus dan semangat juang bagi memastikan prestasi terbaik dapat dipamerkan dalam dua perlawanan berkenaan.

“Pemain perlu melupakan kekalahan sebelum ini dan memperbaiki kesilapan bagi mendapatkan keputusan positif, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super serta memburu slot ke final Piala Cabaran.

“Saya yakin pemain mampu menghadapi cabaran ini. Keputusan perlawanan bergantung kepada keazaman, disiplin dan kesatuan dalam pasukan,” katanya.

TRW FC perit hadapi Liga Super, Piala Cabaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker