Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol
Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol

Riyadh: Cristiano Ronaldo dilapor memperoleh pegangan saham sebanyak 25 peratus dalam kelab divisyen dua Sepanyol, UD Almeria.
Terma kewangan perjanjian itu yang dibuat melalui syarikat CR7 Sports Investments milik kapten Portugal tersebut, tidak didedahkan, namun ia dianggap sebagai pelaburan strategik jangka panjang oleh Ronaldo.
“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menyumbang kepada dunia bola sepak di luar padang,” kata Ronaldo dalam satu kenyataan.
“UD Almeria sebuah kelab Sepanyol mempunyai asas kukuh dan potensi pertumbuhan yang jelas. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan kelab untuk menyokong fasa baharu pembangunan mereka.”
Ronaldo yang menyambut ulang tahun ke-41 pada 5 Februari lalu, sebelum ini pernah menyatakan keinginannya untuk memiliki sebuah kelab bola sepak selepas bersara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
Bintang bekas Real Madrid itu pada musim panas lalu melanjutkan kontraknya bersama kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr sehingga Jun 2027 dan dijangka mengetuai Portugal pada Piala Dunia musim panas ini yang bakal menjadi penampilan keenam beliau, satu rekod baharu.
Presiden UD Almeria, Mohamed al Khereiji, menyifatkan kehadiran pemenang lima kali Ballon d’Or itu sebagai satu penghormatan besar buat kelab.
“Dia dianggap pemain terbaik di atas padang. Dia sangat memahami landskap bola sepak Sepanyol dan menyedari potensi besar projek yang sedang kami bina, termasuk dari segi pasukan utama dan akademi remaja,” katanya.
Tersingkir ke divisyen dua pada April 2024, Almeria kini berada di landasan tepat untuk kembali ke La Liga musim ini. Mereka menduduki tangga ketiga liga, hanya dua mata di belakang pendahulu, Racing Santander, selepas 27 perlawanan.
Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.