Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa bulan Ramadan merupakan medan terbaik untuk umat Islam memperbaiki kelemahan diri dari segi ibadah, amal kebajikan dan penghayatan puasa, di samping memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan kaum, majlis-majlis seperti berbuka puasa bukan sahaja menjadi platform mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam, malah mencerminkan keharmonian serta sikap saling menghormati antara rakyat pelbagai latar belakang.
“Ramadan adalah satu madrasah untuk kita memperbaiki kelemahan dalam ibadah, amal dan puasa. Dalam konteks negara berbilang kaum dan agama, majlis seperti ini melambangkan keharmonian yang kita bina bersama serta rasa hormat antara satu sama lain.
“UMNO sebagai sebuah parti yang sangat bertoleransi dan Insya-Allah kita berada sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan akan terus mengekalkan semangat keharmonian ini. Kepelbagaian yang kita miliki harus didukung bersama demi memastikan negara kekal aman,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kestabilan politik dan ekonomi memainkan peranan penting dalam mendukung keharmonian sesebuah negara termasuk Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry
Menurutnya, peningkatan ekonomi yang semakin baik serta kekukuhan nilai mata wang ringgit ketika ini telah mewujudkan ‘feel good factor’ dalam kalangan rakyat, sekali gus menyumbang kepada suasana yang lebih positif dan bersatu padu.
“Dengan perkembangan ekonomi yang memberangsangkan ini, ia menjadi pemangkin kepada rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk terus bersatu dan mendukung cita-cita kerajaan dalam membina perpaduan terbaik.
“Kita harus kekalkan semangat ini dan bersama-sama menyokong aspirasi Kerajaan Madani agar Malaysia terus aman, stabil dan makmur,” katanya.
Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang menunjukkan prestasi baik dalam memperkukuh perpaduan, termasuk pencapaian indeks perpaduan yang memberangsangkan.

Beliau menegaskan bahawa usaha memperkukuh keharmonian dan kestabilan negara perlu digalas secara kolektif oleh semua pihak demi memastikan Malaysia terus berada pada landasan kemajuan yang mampan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan
- Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin
- Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi
Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar
Selesai berbuka puasa, Ahmad Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pimpinan parti dan ahli menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih berjemaah.
Antara kepimpinan tertinggi yang hadir adalah Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut serta Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Bendahari Agung, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Datuk Seri Azalina Othman dan seluruh barisan kepimpinan yang lain.
Terdahulu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah diadakan sebelum majlis berbuka puasa pada jam 3.00 petang. Majlis berbuka puasa UMNO Malaysia ini merupakan acara tradisi yang akan diadakan saban tahun dengan matlamat untuk mengeratkan silaturahim. – UMNO Online
Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti
You must be logged in to post a comment.