Piala Lee Chong Wei tawar hadiah keseluruhan RM100,000

Piala Lee Chong Wei tawar hadiah keseluruhan RM100,000

Piala Lee Chong Wei tawar hadiah keseluruhan RM100,000
PRESIDEN BAM, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Chong Wei ketika melancarkan Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei 2026 di Auditorium Akademi Badminton Malaysia (BAM) Bukit Kiara. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei merealisasikan impiannya untuk memperkasa pembangunan akar umbi menerusi penganjuran Piala Lee Chong Wei yang bakal menjadi platform baharu mencungkil bakat muda tempatan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, kejohanan berkenaan dianjurkan buat julung kali tahun ini dengan harapan ia dapat diteruskan secara konsisten setiap tahun serta ditambah baik dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, objektif utama penganjuran adalah membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari lebih ramai pemain berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya harap kejohanan ini boleh dianjurkan setiap tahun dan kita tingkatkan lagi kualitinya. Ini permulaan untuk kita cari lebih banyak bakat baharu untuk BAM,” katanya pada sidang media kejohanan itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Chong Wei yang kini memegang peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM menjelaskan beliau mahu bergerak seiring badan induk itu dalam usaha memperkukuh pembangunan pemain remaja, khususnya kelompok umur 13, 15 dan 17 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti


Katanya, BAM sudah mempunyai program tersendiri bagi kategori umur 12, 14 dan 16 tahun, justeru kejohanan ini dilihat sebagai pelengkap kepada struktur pembangunan sedia ada.

Beliau turut berkongsi bahawa ketika zaman remajanya, peluang menyertai kejohanan tidak sebanyak sekarang dan situasi sama masih berlaku dalam kalangan pemain muda ketika ini.

“Saya mahu beri lebih banyak peluang kepada pemain muda untuk buktikan kemampuan mereka. Daripada mereka habiskan masa bermain permainan video di rumah, lebih baik mereka sertai sukan,” katanya.

Mengulas perbandingan dengan seteru lamanya, Lin Dan yang turut memiliki kejohanan sendiri, Chong Wei menjelaskan fokusnya lebih terarah kepada pembangunan remaja berbanding menarik penyertaan pemain bintang senior.

“Kalau kejohanan senior, kita sudah ada Super Series hampir setiap minggu. Saya rasa tidak perlu satu lagi kejohanan senior. Sekarang kita mahu beri tumpuan kepada generasi muda,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry


Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan tarikh rasmi kejohanan masih belum dimuktamadkan kerana perlu berbincang lanjut dengan BAM bagi mengelakkan pertindihan jadual.

“Kita kena sesuaikan dengan kalendar BAM. Mungkin kita akan buat ketika musim cuti sekolah supaya lebih ramai pemain muda boleh ambil bahagian,” katanya.

Juara dan naib juara pula berpotensi diberi peluang menjalani sesi percubaan bersama BAM sebagai langkah menilai kemampuan sebelum diserap ke program kebangsaan.

Edisi pertama Piala Lee Chong Wei menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai RM100,000 sebagai galakan kepada pemain muda untuk menonjolkan kemampuan terbaik.

Piala Lee Chong Wei tawar hadiah keseluruhan RM100,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker