Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua

‘Lunara Bakal Jadi Kakak’

Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua

Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua.

‘Lunara bakal menjadi kakak’

Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya pada Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Intan memuat naik foto memegang imej ultrabunyi sambil mendukung anak sulungnya, Imane Lunara.

Intan meluahkan rasa syukur dan teruja dengan kehadiran ahli baharu yang bakal melengkapkan lagi keluarga kecil mereka.

Lunara bakal menjadi kakak… Keluarga kecil kami semakin membesar dan kami bakal menjadi keluarga berempat.

Bagaimanapun, Intan tidak berkongsi kepada umum usia kehamilannya itu.

Perkongsian itu menyorot perhatian rakan artis dan peminat yang rata-rata tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut.

Ruangan komen turut dihujani dengan doa agar Intan dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga hari kelahiran kelak.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf yang juga ahli perniagaan pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak pertama pada 15 Disember 2024.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker