Messi kesal tak belajar bahasa Inggeris
Messi kesal tak belajar bahasa Inggeris

Miami, Amerika Syarikat: Bintang Inter Miami, Lionel Messi meluahkan rasa kesal kerana tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran ketika kecil, khususnya dalam mempelajari bahasa Inggeris.
Kapten Argentina dan juara Piala Dunia 2022 itu mengakui dirinya berasa ‘separuh jahil’ apabila bertemu tokoh terkenal sepanjang karier gemilangnya, namun tidak mampu berkomunikasi dengan baik.
“Saya menyesal banyak perkara,” kata Messi, 38, kepada podcast Mexico Miro de Atras.
“Tidak belajar bahasa Inggeris sejak kecil. Saya ada masa untuk sekurang-kurangnya belajar bahasa itu, tetapi saya tidak buat. Saya sangat menyesalinya.
“Ada saat saya bersama personaliti luar biasa dan hebat, tetapi tidak dapat berbual atau berkomunikasi, dan ketika itu saya rasa seperti separuh jahil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
“Saya selalu terfikir: ‘Bodohnya aku, betapa aku telah mensia-siakan masa. Ketika masih muda, kita tidak sedar perkara ini. Hari ini, inilah yang saya tekankan kepada anak-anak saya, kepentingan pendidikan, belajar dan bersedia.
“Saya selalu pesan supaya mereka manfaatkan peluang itu. Mereka berada dalam situasi yang berbeza berbanding saya, walaupun saya tidak pernah kekurangan apa-apa.”
Messi berhijrah ke Barcelona dari bandar kelahirannya, Rosario ketika berusia 13 tahun.
“Tahun terakhir persekolahan saya di Argentina memang huru-hara,” akuinya.
“Saya tahu saya akan pergi ke Barcelona. Di sana, saya menamatkan pengajian sekolah menengah bersama pelajar lain dari akademi La Masia.”
Sementara itu, Messi yang menyertai Inter Miami pada musim panas 2023 selepas dua tahun bersama Paris Saint-Germain, berkata bola sepak turut memberinya pelbagai pengajaran berharga dalam hidup.
“Saya dapat melakukan segalanya dan mencapai kemuncak dalam bola sepak, namun sepanjang perjalanan itu, terdapat banyak pengalaman dan pelajaran yang dipelajari,” kata pemenang lapan kali Ballon d’Or itu.
“Memang benar bola sepak adalah satu cara hidup. Ia mengajar kita banyak perkara, memberi nilai-nilai murni, membina ikatan sepanjang hayat dan membolehkan kita mengenali pelbagai tempat.”
Messi kesal tak belajar bahasa Inggeris
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.