Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Majlis berbuka puasa UMNO berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh kemeriahan apabila menghimpunkan barisan pimpinan, pendokong serta penyokong parti di Aras 3, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Majlis yang bermula seawal jam 6.00 petang itu menyaksikan ketibaan para tetamu termasuk jemputan khas terdiri daripada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz, sekali gus menyemarakkan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada jam 6.35 petang dan memulakan majlis dengan ucapan ringkas yang sarat dengan mesej kebersamaan serta keprihatinan terhadap golongan memerlukan.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta ahli-ahli parti dari pelbagai peringkat, mencerminkan perpaduan dan ukhuwah yang terus diperkukuh dalam bulan yang mulia ini.
Majlis berkenaan turut meraikan anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Shifa, pelajar Rumah Titian Kasih serta pelajar Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menzahirkan rasa syukur atas kesempatan untuk bersama-sama golongan yang diraikan sebelum menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz sebagai tanda keprihatinan parti.

Beliau bersama Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan MKT kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu yang hadir, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana penuh harmoni.
Seusai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat Isyak dan sunat Tarawih secara berjemaah.
Terdahulu, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selain rakaman takbir raya MKT sempena sambutan Aidilfitri akan datang. – UMNO Online
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.